10 Tip Simple dan Menarik Sebelum Anda Melancong ke Luar Negara

189
28896

Travel?

Ada apa dengan travel? Dulu selalu angan-angan untuk travel ke luar negara tambah-tambah di tempat famous contohnya Turki, England, Paris, dan banyak lagi. Tetapi, apakah ilmu yang perlu kita ada sebelum bercuti ke luar negara? Apakah persediaan yang perlu dibuat sebelum itu? Apakah yang perlu kita bawa? Banyak persoalan dan masalah yang bermain di minda kita semua bukan?

Di sini kami ingin kongsikan 10 tip ringkas dan menarik sebelum anda bercuti ke luar negara.

1.Tempah tiket seawal 6 bulan. Kalau boleh, sebelum merancang ke luar negara, kita sudah survey tiket flight seawal mungkin. Ini bertujuan untuk mendapatkan tiket flight yang murah. Lagi awal lagi jimat!

2. Selidik atau study dahulu mengenai negara yang kita ingin kunjungi dari segi mata wang, bahasa, masyarakat, sejarah,  dan sebagainya. Ini bagi memudahkan perjalanan anda ke negara orang.

3. Tukar duit di pengurup mata wang sebelum berlepas. Alangkah baiknya jika kita selidik dahulu syarikat pengurup mata wang asing yang murah.

4. Aktifkan kad debit dan kad kredit kita. Ini bagi memudahkan sekiranya terjadi sebarang kes kecemasan di negara orang.

5. Beli adapter dan plug international. Setiap negara mempunyai plug yang berbeza. Jadi, kita disarankan untuk membeli plug international di mana-mana kedai yang berdekatan. Di kedai MR D.I.Y. ada menjual  plug ini dan harganya cuma RM 14.00. Murah bukan?

6. Membawa travel kit bagi menjimatkan ruang bagasi anda. Travel kit memudahkan kita untuk packing barang dan yang paling penting, jimat ruang!

7. Kenali musim atau cuaca di negara tersebut. Contohnya, ketika musim sejuk, pastikan kita membawa baju sejuk, stoking tebal, sarung tangan secukupnya. Ini bertujuan untuk menjadikan percutian kita lebih selesa dan gembira.

8. Bawa bekalan makanan yang secukupnya. Sesetengah negara sukar untuk kita mencari makanan halal. Jadi, jangan biarkan perut anda kelaparan!

9. Beli simkad negara tersebut. Simkad lebih murah berbanding roaming. Ini boleh menjimatkan kos anda, sekali gus memanfaatkan perbelanjaan yang ada.

10. Fotostat dokumen-dokumen penting. Contohnya, passport. Passport adalah pengenalan diri kita di negara orang. Untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku, alangkah baiknya sekiranya kita bersiap sedia lebih awal.

Diharapkan supaya 10 tip dan panduan di atas membantu kita semua bercuti ke luar negara. Semoga bermanfaat!

Ditulis oleh:

Noorfazlini bt.mohamad sakri

189 KOMEN

  1. Hmm it seems like your website ate my first comment (it was super long) so I guess I’ll just sum it up what I wrote and say, I’m thoroughly enjoying your blog.
    I as well am an aspiring blog blogger but I’m still new to the
    whole thing. Do you have any tips and hints for newbie blog writers?
    I’d definitely appreciate it.

TINGGALKAN PESANAN

Please enter your comment!
Please enter your name here